our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, November 1, 2011

Pesanan PENTING buat Bakal Pengantin Sekalian!


Assalamualaikum & hi peeps! 


Entry malam-malam buta. Nak share something here. Hari ni Maira ada appointment di HoShas regarding Thalassemia issue. So, drive awal-awal pagi dengan harapan dapat la balik awal. Tapi non hado eh. Pukul 12 jugak aku sampai rumah. Abah yang temankan aku bising pot pet pot pet sebab lambat sangat. Sabo je la.


Result masih belum keluar. Doktor pesan result biasanya akan dapat selepas 3 bulan test. Ok. Fine. Pergi hospital sesia hari ni. Dah la menunggu sikit punye lama. Grr..










Siapa tak pernah dengar talasimia tu ape? Heck, siap buat besar question mark dekat kepala? Meh sini aku nak bawak ko tengok tv. Dekat tv sekarang ni bukan main banyak keluar iklan pasal Talasimia kan? Ade iklan budak kecik 3 bulan nangis-nangis sebab sakit tu. Pastu mak bapak die pulak nangis-nangis sebab anak dia disahkan ade Talasimia. Pastu budak tu kena transfuse darah tiap-tiap hari sampai kena tebuk dekat perut.


Apa itu Talasimia? Talasimia ni merupakan penyakit yang berkaitan dengan kebolehan tubuh seseorang manusia untuk menghasilkan sel-sel darah merah. Normally, tubuh kita akan produce sel-sel darah merah yng mengcukupi untuk sistem imun tubuh. Talasimia terjadi apabila, kilang yang membuat sel-sel darah merah tidak menghasilkan sel darah merah yang mencukupi untuk tubuh. Simptom biasa adalah animea. Kekurangan sel darah merah. Badan lesu, letih dan sakit.


Actually ini penyakit keturunan. Which is diwarisi daripada genetic ibu atau ayah. Boleh rujuk gambar kat atas. Pembawa tak akan ada apa-apa simptom sebab penyakit ni akan dapat dikesan apabila dia tidak dapat produce sel darah merah yang mencukupi semasa tubuh badan dia memerlukan sel darah merah yang mencukupi.


Contoh terbaik; diri aku sendiri. Masa pregnant, tiap-tiap bulan check hemoglobin tak pernah naik 10. Tak pernah cecah kecuali masa mula-mula pregnant dan di akhir-akhir nak bersalin tu. Memang tak rasa apa-apa sebab mende tu dalaman. Cuma rasa sikit penat dan mudah pitam je.


Masa nak kawen dulu memang tak pegi check sebab takde lansung dalam sejarah family ade penyakit pelik cenggini. Both of us tak check padahal MIL dah pesan buat checkup talasimia. Rasanya ada jugak 2-3 kali mak pesan suruh check. So, unexpected penyakit ni bersarang dalam diri aku. Hell sungguh rasanya bila dapat tau. Lagi pulak masa tu hubby on board. Aku menangis-nangis sengsorang risau baby akan ada penyakit ni. Sebab normal patient talasimia ni jangka hayat dia tak panjang. Kalau 20 tahun dapat hidup tu kira panjang umur sangat la tu. Lepas tu merana la hidup dia kena transfused darah tiap-tiap hari.


Memang scary like hell ok bila fikir anak yang ko bawak kehulu ke hilir 9 bulan 10 hari dalam perut ni tetiba dapat tau umur dia tak panjang bile dia lahir. Ya Allah, mintak simpang. Andai kata hanya salah sorang je pembawa, so takde masalah. Baby takkan ada kemungkinan untuk dapat Major Talasimia. Paling teruk dia akan jadi pembawa je.


Tapi sebaliknya untuk ibu bapa yang memang kedua-duanya ada gen pembawa. Setiap anak yang akan lahir tu peratusan untuk dapat talasimia meningkat dari 0% kepada 25%. Boleh bayangkan betapa besar perubahan dia? So, pada adik-adik, kakak-kakak, abang-abang yang bakal berkahwin. Buat la ujian Talasimia ni. It just take a second nak buat ujian ni. Tapi kesannya pada keturunan kita nanti. Penyakit ni memang takde apa-ape precaution sebab ia berkaitan genetik.


So, andai kata insan terchenta ada gen pembawa dan anda juga ada gen pembawa, anak memang berpeluang cerah ada penyakit ni. Normal kid jarang dapat survive lama untuk penyakit ni. Kalau nak jugak kawen, bersedia untuk tidak anak zuriat atau bersedia untuk memiliki zuriat yang tidak sihat. Tapi still chances untuk dapat normal baby tetap ada, cuma tu lah. Mende ni kita tak boleh predict siapa yang akan dapat dan siapa yang tak akan dapat.



2 comments:

w|cKa` said...

my staff ada yg pembawa talasemia.. anak dia 4org semua kena talasemia. dia slalu xmasuk opis sbb bawa anak pi tukar darah. wife tinggalkan dia dgn 4 anak sbb xtahan nak jaga anak2 ni. kesian dia.

Mrs. Mazlan said...

kesian kan?
kesian dekat budak2 kena tukar darah tiap2 hari.
pastu kesian dekat tukang jaganye..
sebb sistem imun dorang ni mmg x kuat. senang kn penyakit.
doc pon ade tanye maira slalu kn sakit ke x ms checkup dl.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...