our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, December 3, 2011

Antara Politik, Ibadah dan Wang.


Assalamualaikum wrt & hi peeps!


Entry panas hati dengar kisah dekat tempat sendiri. Oh, ini bukan cerita pasal parti politik mana yang aku sokong atau tidak. Sebab hakikatnya aku tak pernah sokong mana-mana parti politik. Sila menangis pada sesiapa yang berharap aku sokong parti politik pilihan dia. Muahahaa.


Kes ni berlaku dah lama kot. Aku ni bukan la jenis hak alim pergi surau tiap-tiap kali solat. Well, solat tarawih pon aku jarang pegi. Padahal kalau dekat rumah tu memang jarang la aku gi surau solat tarawih. Masa duduk hostel ye aku rajin. Surau hostel la kan. Tak kuasa mak nak berjalan jauh pegi surau. Gile berani statement. Rasa nak lempang diri sendiri lelaju 23 kali.


Mak cerita time tarawih dekat surau sini diorang akan mintak derma. Well, setahu aku dalam erti kata bahasa melayu yang aku faham selama ini, derma tu ikut kita la nak bagi ke tak kan? Ni tak, derma wajib at least RM10. Kau gile? Nak buat ibadat pon kena bayar! Bukan seposen dua babe, RM10. Kalau la ade muallaf masuk surau tu time tu, mau hancur perspektif diorang terhadap Islam. Aku tak faham apa relevannya mintak RM10 seorang setiap malam sepanjang bulan Ramadan tu? Cuba bayangkan kau kena sediakan RM300 untuk beribadat dekat surau tu sepanjang Ramadan?


Ya Allah, maksudnya orang fakir miskin tak boleh la nak beribadat dekat situ? Menjejaskan nama baik Islam sungguh. Kalau ye pon nak mintak derma pasal nak bayar api dan air dekat surau tu, takkan la sampai RM10 ko mintak kan? Biarlah relevan. Derma ni biarlah seikhlas hati si pemberi. Kalau dah meminta tu dah jadi lain. Dah hilang rasa ikhlas kalau macam tu. Tinggal yang ada cuma rasa bebanan sebab tiap kali pergi surau nak kena fikir nak bagi duit RM10 dekat surau.


Masih lagi berkisar di surau yang sama. Abang long aku jenis yang suka ke surau tiap kali solat kalau dia free. Eh, baik gile kan abang aku? Tapi adakah wajar seandainya orang dekat surau tu bertanyakan parti politik pilihan dia setiap kali abang aku nak berjemaah? Eh, Allah bagi pahala ikut parti politik ke? Oh, please!! Kalau kau Pas, Allah dah janjikan kau masuk syurga ke? Kalau kau umno kau akan masuk neraka ke? Gila betul pemahaman orang sekarang tentang politik. Sampai nak beribadah pon nak berpolitik? Tolonglah!!!


Disebabkan ada manusia yang serupa ni lah, abang aku dah tak berapa rajin nak ke surau. Dia lebih prefer untuk ke masjid yang letaknya agak jauh dari rumah. Padahal surau tu kalau jalan kaki tak sampai 10 minit kot dah sampai. Ye la, rumah kami bawah bukit, surau atas bukit. Tapi takde la jauh mane pon. Abang aku rasa kesal gile apasal la orang dekat surau tu macam tu. Sampai la die jadi tawar hati nak berjemaah dekat situ.


Ingatlah, Allah itu tidak pernah membeza-bezakan antara hamba-hambaNya. Siapa yang lebih bertakwa itu adalah lebih rapat dengan Dia. Kenapa kita yang tak sempurna ini berlagak lebih dari Tuhan? Kita ni siapa? Alim sangat ke kita ni? Kita semua sama, hamba DIA juga. Hanya takwa yang membezakan kita.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...