our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, December 20, 2011

Tangan Ajaib


Assalamualaikum wrt & hi peeps!


Wallah, rasa lama sangat tak menulis di sini. Rindu jugak. Bukan takde idea atau peristiwa, cuma masa tak mengizinkan. Mungkin. Maira sangat melasak sebab in the progress membesar la katakan. Mama menaip, dia nak menaip jugak. Mama duduk depan komputer, dia pon nak duduk jugak. Siap duduk atas komputer lagi. Selagi dia tak tidur sila jangan harap la nak online.


2 orang penunggu setia

Bercerita tentang tangan ajaib. Bukanlah bermaksud tangan magician ye. Ini cerita tentang kepulangan insan yang ditunggu-tunggu. Saya dah bercerita banyak kali pasal penangguhan kepulangan hubby kan? Terkini hubby ada emel bertanyakan bolehkah dia sign off di Bintulu, which is next port. Mungkin dalam 2 hari lagi sampai InsyaAllah. Both of us speechless actually. Tak tahu mana nak tuju. Abah dah call Encik Nordin berkali-kali. Tapi jawapannya tetap sama.


Nothing much he can do. Semalam Bakawali berselisih dengan Bunga Aster. Dan ade new joiner di sana. The new joiner supposed to be hubby's reliever at China tempoh hari. But why die boleh ada atas Aster pulak? Pelik bukan. Sebab that guy dah diberitahu akan ganti my hubby di China. Hubby jadi speechless. Kenapa boleh jadi macam ni. Mungkin ada tangan-tangan ajaib yang tak bagi hubby turun kot?



Tangan Ajaib


Agak-agaknya tangan ajaib ni nak menolong ke? Sedikit terkilan disitu sebenarnya. Mau tak terkilan. Hubby supposed to sign off dekat Singapore. Then postponed to China. Ni dah nak sampai Bintulu entah apa cerita tah. Tak tahu. Hubby pon terkilan jugak. Bakawali back to hell again. Dengan tak cukup crewnya. Macam-macam masalah. Teruk sungguh.


Perasaan saya mengatakan bahawa kapten Bakawali sekarang buat kerja seolah-olah melepaskan batuk ditangga. Mengapa mesti ditahan mereka-mereka yang sudah due? Rasa geram. Rasa marah. Rasa terkilan sangat-sangat dengan pengurusan crew MISC. Memang melampau. Patutlah ramai yang angkat kaki cari company lain. Begini layanan company pada seaman. Macam haram.


Apa-apa hal, tunggu je la berita dari Bakawali esok. Kalau tak dapat balik lagi, nampaknya memang bukan rezeki hubby nak meraikan perkahwinan abang dia. Hmm... Pasrah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...