our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, July 31, 2012

Happy 2nd Anniversary

Assalamualaikum wrt. Hi peeps!

Sedar tak sedar dah 2 tahun berlalu. Ya. Dah 2 tahun sebenarnya walaupun rasa macam baru je kahwin. Eh-eh..dah 2 tahun. Humaira pun dah semakin besar dah melasak plus sangat panjang akal. Budak tecik banyak akal selalu bikin orang tua susah hati dengan ke'daring'annya. Sila lap peluh di dahi.



2 tahun yang penuh suka duka, ranjau duri, gelak tawa dan tangis sendu. Walaupun dah 2 tahun, masa bersama incik rumate adalah sangat terhad. Kalau dikira-kira masa dia lebih banyak dihabiskan bersama bini kesayangan MISC daripada dengan aku. Ok. sila nangis. Haha. Takde maknanya aku nak nangis melalak bagai kan. Sebelum kawen lagi dah tau, jadi persediaan mental itu sangat penting di saat-saat dah menjadi isteri. Kalau dulu masa belum-belum kawen, keadaan aku adalah lagi teruk dari sekarang. Pantang ada dia call je, aku melalak. Cakap kurang, melalak je lebih. Hehee.

Setelah 2 tahun, aku dah takde la nak cengeng sangat menangis tak tentu hala except for yang memang serius. Err..serius? Apa yang serius? Bila ada case yang aku memerlukan dia. Tak dapat cakap, tulis emel dekat amos sambil menitis-nitis air mata, sambil lap-lap air hingus pon jadi la. Nak call line takde. Tak pon mahal nak mencekik aku sampai mampos.

Apa yang aku belajar sepanjang 2 tahun? Sebenarnya terlalu banyak pelajaran dalam masa 2 tahun ni. Kalau aku senaraikan satu-satu sampai hari esok pun tak habis. Tapi bersyukurlah dengan apa yang ada. Perkahwinan memang mengajar erti kehidupan. Bukan selalunya langit tu cerah. Kadang-kadang hujan turun membasahi bumi. Tapi kemudiannya Allah kurniakan kita pelangi yang indah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ia adalah kita. Bagaimana cara kita menanganinya. Bagaimana cara kita menghadapinya. Try to be positive walaupun ramai yang memandang kita dengan pandangan negative.


Harapan sempena ulang tahun yang ke 2 ini. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke syurgaNya. Mohon doa kalian yang membaca. Moga aku akan berubah menjadi isteri yang lebih baik dari hari semalam. Mohon keredhaan Allah sepanjang perjalanan ini, perjalanan mencari erti sebuah bahagia. Amin..

Buat suami, selamat ulang tahun yang ke 2. Semoga berkekalan sampai ke syurgaNya. Semoga kita dapat memperbaiki diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik lagi. InsyaAllah.

1 comment:

mashelas said...

:) btol btol btol... kagum kite dengan kehidupan yang awak lalui. betapa tabahnye awak. setiap insan di dunia ini akan melalui perjalanan hidup yang pelbagai. semoga awak bahagia bersama keluarga tercinta dunia dan akhirat. kita doakan, in sha Allah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...