our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, March 19, 2008

..masa depan yg dirancang..

Salam alaik ila antum/ma...saya sebenarnya memikirkan satu persoalan yg diberikan kepada kawan kepada saya. Adakah perlu bercinta? Adakah ianya benar2 diperlukan? Andai sudah terkait, adakah sukar untuk mengundur diri kembali? Apakah hukumnya? dan bermacam2 persoalan yang timbul di sini.. saya sudah memikirkannya selama beberapa ketika. Dan jawapanya, saya pasti ramai yg tahu..namun saya gagal menepis bila ia datang pada saya. Kenapa? Mungkinkah kerana iman di dada ini sering turun naik? Ya mungkin..Saya sememangnya tidak mahu berjauhan denganNYA..Jadi saya mohon DIA mempercepatkan jodoh saya dengan si dia. Saya terasa bersalah. Jungkit menjungkit bahu.. i know, but..why must i do it? moga2 ALLAH mempercepatkan permintaan saya ini. Andai si dia adalah lelaki untuk saya, maka percepatkanlah ijab dan qabul kami. Aku tidak mahu aku menjadi fitnah kepada agamaku sendiri. Aku tidak mahu menjadi fitnah kepada dirinya. Aku tidak mahu aku menjadi fitnah kepada kedua ibu bapaku. Sedang mereka sudah terlalu banyak berkorban demi diriku.. Moga kawan2 mendoakan yg terbaik untuk saya. Saya mahu terus di dalam redhaNYA. Dalam kasih sygNYA.. Aku tidak mahu kehilanganNYA.. DIA adalh segala2nya pada diriku ini..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...