our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Monday, October 3, 2011

Monolog diri: ko tak sayang anak, tapi jangan la bunuh dia!


Assalamualaikum & hai semua.


Mood sungguh sedih tengok berita pagi tadi kat TV3. Oh ye, aku bukan jenis yang suka banned mane-mane stesen TV.  Hari ni bukak tv awal gilos babas sebab hajat hati ak tengok MHI. sebab dah lupa MHI start pukul berapa, main turn on je la tv tu. Sekali berita da..



Berita sentap: ade manusia campak anak dari tingkat 21. Ok. aku dengar 21. sekali dengar balik berita malam ni, tingkat 2 je. Ciss! WTF punye manusia. Ok, bukan manusia. bukan binatang, tapi setan. Ye. hanya manusia yang kena rasuk setan je boleh campak mende bernyawa tambah-tambah lagi anak sendiri yang baru keluar dari perut sendiri ke dalam LONGKANG!



Manusia hari ni memang perangai lagi hina dari binatang dah. Kalau singa sanggup terjun celah bukit nak selamatkan anak dia, kita ni manusia yang Allah SWT bagi akal fikiran waras sanggup pegi campak anak sendiri dalam perigi. Kalau korang perasan kan, makin hari makin hina perangai manusia ni. Ada yang campak anak dari tingkat 5, campak dari tingkat 2, campak dalam sungai, campak dalam tong sampah, campak dalam perigi (ni semalam punye berita), campak dalam semak. Allah je yang tahu mana akal mereka diletakkan. Yang pasti bukan dekat kepala, dekat kepala lutut mungkin?



Apa perasaan orang yang buang anak ni ye? Best agaknya bunuh orang. Gile. Hantu setan punye perangai tu lah yang ko nak ikut sangat kan? Dekat Malaysia ni bukan main banyak tempat yang selamat untuk ko buang bayi ko tu. Hello budak, ko dah lahirkan dia, kenapa nak bunuh die? kenapa tak bunuh dari awal lagi? masa Allah tak tiupkan roh lagi pada dia? Memang kejam gile statement aku ni. Ye aku tau. tapi manusia yang buang budak yang tengah menangis dalam longkang tu lagi kejam. Tah la. Sedih sangat rasanya tengok bayi-bayi yang tak berdosa ni jadi mangsa. Ye, memang aku menangis masa tulis ni.



Aku serius tak sanggup nak tengok gamba baby yang tak bersalah mati kena bunuh dengan mak die sendiri. Betapa Allah tu nak tunjuk pada kita ni, betapa bangsa kita ni dah jadi bangsat. Kenapa aku cakap macam tu? cuba tengok orang yang buang anak tu bangsa ape? Bangsa MELAYU. beragama ISLAM lagi. tapi dekat kad pengenalan je la kan. Kalau dia amalkan islam, mende macam ni takkan jadi ye tak?



Kerajaan dok canang sediakan tempat perlindungan untuk orang-orang macam ni. Apa faedah die? Aku bukan apa. Cuba tengok berapa ramai yang betul-betul insaf bila dah keluar? Kebanyakkan nak cari tempat perlindungan sementara. dan ada yang buat balik perangai lama bila dah keluar tu. Alah, dah keluar tv pon kan mende ni terjadi. Nak salahkan siapa? Entah.


Anak aku perempuan. Kita yang ada anak perempuan ni mesti risau kan. Sebenarnya kalau kita imbas balik, semuanya patut kembali pada agama ISLAM itu sendiri. Ini lah sebabnya Allah SWT adakan perintah AURAT. bukan saje-saje Allah suruh kita semua ni tutup aurat. Ada relevannya. Tapi ada makhluk Allah yang sengal mempersoalkannya. Hello, Sang Pencipta lagi tahu tentang apa yang diciptakanNya tahu!



Kalau hudud nak dilaksanakan di Malaysia, aku sokong 100%. Kenapa? Bukan aku dah tulis kat atas ni, Allah tu lagi tau tentang kita, hambaNYA. Ingat, hukum Allah relevan sepanjang zaman. Kalau kau pandai baca Quran dan faham, kau tahu betapa beratnya hudud itu. Betapa sukarnya nak melaksanakan satu-satu hukuman tu. Tak percaya? boleh tanya ustaz or ustazah yang berpengatahuan. Jangan pulak ko pegi tanya Barack Obama, mampos hidup semula ko tak jumpa jawapan dia.



Pesanan aku pada adik-adik yang dah terlanjur, termengandung. Kalau korang tak nak anak korang tu, berilah pada mereka yang amat-amat mengharapkan anak. Bersepah-sepah pasangan suami isteri yang tak ada anak sekarang ni. Kalau korang nak buang anak korang, jangan la buang sampai budak tu mati. Pembunuh la gelarannya. Letak la dekat surau ke, masjid ke. Mana-mana tempat yang orang senang nak jumpa. Tempat selamat. Atau lebih baik bela sendiri. Mana tahu, Allah hukum korang nanti dengan korang takkan ada anak lain selain dari yang korang buang dan bunuh kali ni? Mana tahu kan?


Masa depan ni, kita tak tahu. Macam mana kita akan jadi. Tapi kalau dah buat sila sekali, jangan silap yang sekali itu mendorong kita untuk buat silap lagi, lagi dan lagi. Ingat, syaitan tu pemusnah manusia. Janji dia pada Allah, dia akan sesatkan kita sesesat-sesatnya. Supaya kita tak jumpa jalan ke syurga, Agar kita semua ikut jejak dia ke neraka. Korang nak ke? Kalau rasa tahan kulit tu kena bakar dekat api dunia ni, boleh cuba bakar dekat api neraka yang panas dia beratus juta kali ganda dari api dunia.


Sekian.


Yang Sedih: 


2 comments:

Momma Qiestina said...

huwaaaaaaaaaaaaaaaaa menitik airmata akak tgk biter semalam tuuu :(

speechless...

agaknye dunia akhir zaman, maksiat berleluasa.masya Allah!!

Mrs. Mazlan said...

kan kak?
sedih sangat tgk mayat baby tu.
memang menangis sy tgk..
sampainye hati budak tu campak baby dia..
even dah tak bernyawa..:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...