our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Monday, December 12, 2011

9 Bulan yang Bermakna


Assalamualaikum wrt & hi peeps!


Yeay! Bersiaran semula hari ini. Semalam Humaira si kenit momma telah berusia 9 bulan. Yeay! Tahniah untuk momma sebab berjaya membesarkan maira sehingga kini. Sesungguhnya menjadi momma sangat lah menduga kesabaran ya kawan-kawan. Jangan tak tau. Lagi pulak yang bergelar ibu tinggal macam kami ni. Semuanya harus bijak diuruskan sementara si pemerah keringat di tengah laut pulang kepangkuan kan? kan?


Chop kejab. Semalam hubby call. Ahh..heaven nye la dapat dengar suara hubby. Dah lama sangat tak dapat dengar suara dia. Hubby ai bukan la jenis yang suka call tak kira masa. Hubby jarang-jarang call. Tapi sekali call tu rasa aduhaii..rindunye la. Huk-huk-huk. Tetiba mood jadi romentik ingat kat hubby. Muahaha. Hubby still tak tahu bile boleh off. Tak ape lah. Doakan yang terbaik. Moga dapat la turun this coming port which is dekat Bintulu. Amin. Aminkan beramai-ramai ye kawan-kawan.


9 bulan - macam-macam dah cik maira pandai. Lately maira dah start babbling pa-pa-pa-pa. Anehnye la rasa. Apasal maira tak babbling ma-ma-ma-ma? Adakah aku terlalu suka menyebut papa di depan maira? Sedikit frust sebab apasal dia tak babbling mama dulu. Kenapa? kenapa?? Sedey. uhuk-uhuk. Adakah kerana aku terlalu rindu dekat papa maira? Jadi selalu sangat sebut papa - papa- papa dekat maira? Ohh.. wuuu~




Sekarang maira sudah pandai duduk sendiri. Duduk dengan tegap dan jayanya. Kejab duduk dekat sini, kejab duduk dekat sana. Mementang dah pandai duduk sendiri. Action kau ye maira. Haha. Tapi maira masih belum dapat merangkak dengan laju. Asal dia dah tegap je pastu terus turun semula meniarap. Dia tak biasa lagi kot?


Semakin lasak. Memang tak reti duduk diam. Kalau dalam kereta lagi la pulak. Sabo je la. Nak berdiri la, nak pegang itu la, nak pegang ini la. Macam-macam akal dia. Cerdik sangat sampai mama rasa nak gigit-gigit dia bagi dia menangis. Huhuu~ Selalu jugak kena gigit dengan mama dia ni. Maaf maira mama geram apasal la kamu comel sangat?


Ternganga tengok mama

Still tak mahu dengan orang asing. Errr..bukan tak mahu semuanya. Dia cuma sangat memilih orang. Nak bermesra kena ambil mood dulu. Kalau tak sila jangan harap boleh sentuh dia.Dijeritnya sekuat hati sesedap suara vokal mantop dia tu. Pengsan mama dengar nak.


Rasanya itu je la kot? Hihi. Ape pon. Selamat 9 bulan sayang mama yang syomel. Mama love u soo much. So do papa walaupun papa tak de dengan kita sekarang. Love both of u very strong. Muah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...