our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Friday, December 9, 2011

Donat Memang Sedap.


Assalamualaikum wrt & hi peeps! 


Lama menyepi. Tak berusik pon blog ni walaupun hari-hari jenguk. Takde benda menarik nak dikongsi. Alah, hubby still dekat tengah laut. Entah bila boleh off. Paling-paling pon dapat la emel sehari sekali kira ok la tu kan. Lately passion nak mencuba segala macam resepi mudah dan ringkas menjadi-jadi. Rasa macam nak je cuba semua benda. Tekak macam nak makan macam-macam. Jangan la badan gemuk cam badak dah la. Mujur la dekat rumah ni ada 2 tong sampah bergerak. Hewhewhewww~


Dalam kepala dah lama sangat nak try out buat donat. Tapi nak mintak resepi dengan mak bukan main susah lagi. Mak pergi kerja matahari tak nampak lagi. Matahari dah tak nampak batang hidung dia baru sampai rumah. Lastly google aje.Resepi sebenar adalah dari kak Izzah. Donatnye lembutttt je. Buat ikut sukatan tu memang la kalau dekat rumah ni tak cukup kau. Oh ye, saya derhaka sikit bab buat donat ni. Hewhewhewww.


Jom layan resepi donat yang best ni. ^__^




Bahan-bahan: 
2 cawan tepung gandum @ tepung hi protien.
2 1/2 cawan sudu besar gula - untuk saduran
1/2 sudu besar yis - direndam dalam 1/4 cawan air suam, biar hingga berbuih
1 sudu kecil ovallete
1/2 sudu kecil garam -saya tak letak sebab lupa.
1 biji telur - tak letak jugak.
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan susu segar @ 1 sudu besar susu tepung dicampur dengan 1/3 cawan air - tuang sikit-sikit untuk dapatkan doh yang elok.

Cara-cara:
Kisar susu, telur dan marjerin bersama hingga sebati
Dalam bekas yang besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengahnya.
Tuangkan bahan-bahan kisar tadi, yis, dan ovallete.
Uli sehingga menjadi doh.
Jika adunan terlembik boleh tambah tepung.
Bahagikan adunan kepada 20-22 bahagian. Bentukkan sepeti bola.
Boleh gunakan tepung untuk membentuknya sekiranya adunan melekat.
Susun atas dulang yang ditabur sedikit tepung.
Rehatkan adunan selama 10 minit atau ikut suka.
Goreng hingga keperangan.
Angkat dan taburkan gula saduran.
Sedia di hidangkan.




Yummy. Sedappp sangat kalau buat minum petang dengan teh o panas-panas. Lagi syok bila dapat makan time hujan. Mueheheheeee.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...