our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, December 13, 2011

Sesi Angkat - Mengangkat.


Assalamualaikum wrt & hi peeps! 


Sesi angkat-mengangkat bukanlah bermaksud mengangkat buah durian berbakul-bakul. Angkat mengangkat di sini bermaksud sesi mengambil anak angkat-mak angkat-abah angkat-abang angkat-kakak angkat-adik angkat. Ape-ape je la yang angkat-mengangkat ni. Hari ini Humaira Mohd Mazlan dengan rasminya telah mendapat seorang ibu angkat di Klinik Pergigian Hospital Jengka.


Ok fine. Gambar takde sebab mama maira malu nak ambil gambar dekat dewan ceramah tu. Mana tak malunye, orang dah habis majlis baru sampai. Muehehee. Ini disebabkan aku tak tau majlis start pukul berapa. Kata pagi, aku datang la pukul 10. Sekali dah habis majlis kau. Aku baru nak pergi daftar nama. Hahaha..




Tak kisah la kan. Sebab maira tak tumbuh gigi lagi so tak de la acara sapu florida dekat gigi yang baru tumbuh. So skip dah kat situ. Terus dikenalkan dengan ibu angkat maira. Comel jugak orangnya. Berpotpet-potpet kejab. Sesi ambil data dan segala macam maklumat. Lepas makan-makan terus balik.


Maira dapat la hadiah seplastik. Belon 4 bijik. Excited betul si kenit dapat belon. Di hempas pulas habis si belon tu, mujur tak pecah meletop. Mak takut nak belon tu pecah sebenarnya. Muehehee..





Papa maira akan bertolak pulang ke Malaysia dengan menaikii Bakawali dari Tianjin. Next port will be Bintulu. Estimated arrive will be on 22nd. Adoii..lamanye la rasa.. Sabo je la..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...