our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, December 17, 2011

Monolog Seorang Ibu.


Assalamualaikum wrt & hi peeps! 


Its have been a while. Humaira masih demam. On dan off. 3 minggu yang berulang alik ke klinik. Ya, klinik yang sama. Dan 2 hari lepas doktor menyarankan supaya Maira menjalani ujian darah. Hati mama ini masih lagi berbelah bagi. Badan maira kadang sejuk dan kadang panas. Dan kadang-kadang mendebarkan jiwa bila panas melampau-lampau. Kool fever sudah jadi tidak kool lagi. Huh.


Hubby masih belum off. Sedang dalam perjalanan dari Tianjin ke Bintulu. Dengan harapan Bintulu adalah port terakhir sebelum dia pulang ke rumah kali ni. Hubby menyarankan untuk kami bawa maira ke specialist. Aduh la hai. Mustahil tak rasa bimbang bukan. Kepala ni asyik teringat perihal Talasimia yang masih belum keluar jawapannya lagi. Tapi maira pulak on off demam. Emak cakap mungkin demam nak tumbuh gigi. Pada saya Maira mungkin demam beralih bulan.





Ya, semua itu kemungkinan sahaja. Meskipun demam. Dia tetap aktif. Aktif macam biasa. Menjerit, melalak dan paling penting melekat dekat mamanya. Ada masanya lansung tak mahu dengan orang lain. Hari ini saja sudah cerry berry 4 kali. Aduh kesian pulak tengok dia. Air sejuk nak disiram ke badan dia. Sudah la demam kan. Tapi Maira budak biasa. Suka sangat dengan air. Sebolehnya ditepuk biar jadi air pancut semua air yang ada. Boleh?


Hmm..berharap pada yang baik-baik sahaja. Tetapi harus bersedia untuk yang buruk.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...