Assalamualaikum wrt. Hi peeps!
Lama sangat rasanya tak kongsi resepi. Dulu asyik problem je nak upload gambar, kira malas tu dah jadi no 2. Kih.kih.kih. Giler keji statement. Ok la. Kelmarin dulu beli la cendawan ingat nak buat masak tumis air je. Sekali banyak la pulak. Difikir-fikir balik goreng je la. Dah lama jugak tak makan cendawan goreng crispy ni. Huhu.. Bila di gigit krup-krap-krup-krap. Rangup gitu. Ok, jom semak resepi ni. Mudah aje.
Bahan:
1 paket cendawan tiram - dibasuh dan ditoskan hingga kering.1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum.
1/2 cawan air sejuk - baru keluar dari peti sejuk.
sedikit baking powder
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit.
Sebiji telur.
Cara:
Campurkan tepung beras, tepung gandum, air sejuk, telur, garam, serbuk kunyit dan baking powder. Blend sebati. Biarkan sekejab dalam 5 minit.Panaskan minyak. Celupkan cendawan dan goreng sehingga kuning keemasan.
Angkat dan hidang.
No comments:
Post a Comment