our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, August 10, 2011

Ramadan 10# Apinye enggak aderrr~



Assalamualaikum & Morning everyone!



Dah lepas bersahurkan, Alhamdulillah.
Sedar tak sedar kita dah masuk 1o ramadan hari ini kan?
Oh, cepatnya masa berlalu.
Hari juga genap 2 bulan Hubby onboard on Bakawali.
Kalau bab-bab menghitung hari hubby nak balik, haruslah masa tu jadi lambat secara magicnya.
*Sigh*
Ok. Masa masih berbaki lagi 4 bulan. *sila tabah ye puan.*


Nak cerita pasal malam tadi.
Actually nak la jenguk-jenguk blog malam tadi.
Tapi si kenit Maira nak menyusu pulak.
Ok.Bye-bye lappy kejab.
Tiba-tiba...POP!


Eh, gelap.
Dengan lappy-lappy gelap sekali.
Lappy tak pakai bateri da sekarang ni. Bateri da out of service gitu. Almaklum lah, barangan antik gitu. ;p
*abang, nak laptop baru sebijik, bole? hihii*



Lappy gelap-takde masalah sangat.
Lappy ai kan hardcore punye barang.
Campak dalam laut pon boleh on lagi. haha.
Ok, canggih tak? sungguh durable kan?
*bangge kejab dengan laptop cap ayam neh*
Walaupun usia dah nak masuk tahun ke6 tahun depan.
tapi still boleh on *kire ok la kan?* walau pernah jatuh menyembah bumi.
tapi biasa la, orang tua ni, ade macam-macam penyakit la.
Nak-nak kalau pasang lama.
kejab je die hang.
Kalau bukak tenet, jangan bukak banyak-banyak sangat-nanti hang jugak.
Biasalah, dah tua-tua ni sensitif..
*apasal saya merepek pasal laptop plak ni???*



Ok. Berbalik ke pangkal jalan ye kawan-kawan.
Elektrik takde.
Maira yang sedang enak berkrim tidur pon terjaga.
Bulat betul mata dia duduk dalam gelap.
Maira tak boleh tidur dalam gelap. Dia lemas dalam gelap.



5minit.
.
.

10 minit.
.
.


Ha. Dah start panas.
Amek kau. Panas betul. Sampai meremang-remang bulu roma. Merenek-renek peluh.
Baju maira tak payah cerita la. Dah basah.
Mula-mula saya bukakan baju dia.
Kesian lagi. Bukak pulak seluar die.
Ha..togel anak mama sorang ni. Pakai Pampers aje.
Bila da pakai pampers je. Die pon mula la bergolek-golek macam ayam golek.
Bagi nenen pon dia tak mau nenen. Panas sangat agaknya. Dia dok asyik nak bergolek-golek.
Meniarap sambil membebel tak berenti. Makin lama makin kuat.
*tak puas ati apasal la panas sangat ni*




.kalau sayang momma hepi camni selalu kan bagus.senang ati momma ni.



Try bagi nenen lagi. Tak mau jugak.
Last-last saya kipaskan. Kipas tangan.Paham-paham je la. kadang-kadang angin die kuat, kadang-kadang angin die perlahan. kadang-kadang takde lansung *da tido la tu maknenye*
Maira tak boleh tido. Marah la tu sebab dia mengantuk. Merengek-rengek.
Maka saya pon kipasla sambil bagi nenen. Mula-mula die refuse jugak. Tapi lama plak takde apinye. maka maira pon tabah la. Hari da nak pukul 1 pagi. Mata dia memang dah separa pejam.




Tiba-tiba...




POP! Api ade semula. Kipas terus pusing dengan ligatnya. Sejuk sudah. haha. Terus maira tido dengan nyenyaknya sampai pagi tak jaga-jaga. Mengantuk sangat la tu.


Kesian maira. Huhu.



1 comment:

w|cKa` said...

comel nya maira senyum..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...