our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label humaira. Show all posts
Showing posts with label humaira. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Ramadan 23# sabar ya Incik suami.



Assalamualaikum.


Oh, baru balik dari bank.
Kesana-kesini berdua lebih baik dengan cik maira.
Haha.dekat sini jarang nak nampak orang keluar berdua dengan anak kecil.
saya siap kesana-kemari bawak stroller tolak maira.
Ade mak kisah?? takde kan?
muahaha.



jalan-jalan cari pampers cik maira tadi.
carik susu tepung sekali,
ingat nak la carik baju raya barang selai dua kan untuk cik maira
sekali mak aih..punyer la mahal.
sehelai baju je dah dekat rm50.
tak masuk seluar lagi tu.
tak paut.tak patut.
maka terbantut la hasrat ai nak membeli.
ai tengok kat tempat lain dulu la ye.
ingatkan nak la jenjalan lagi
tapi sekali tengok maira da menghampiri tahap mengganas
cubaan nak tido la tu..
terus balik.
tak mau la nanti die berentap lak ngan mama dia kat kedai baju kang.
on the way balik dah tertidur dalam car seat.
Ya Ampuan cik fatimah ni..
tak nyempat-nyempat nak tido..
padahal bukan jauh pon.
terlepek la kepala die kat tepi kerusi tu.
mujur mulut tak ternganga sambil menitiskan air liur basi.
adus..kesian betul tengok.
cam anak pelarian pon ade gak.
innocent je muka.



pagi tadi orang terengganu dah sampai.
seminggu awal die cuti nak raya u..
orang keje gomen la katakan.
orang keje kapal jugak yang tak cuti-cuti raya.Linkoh, sedihnya.
sabo.sabo.sabo.


eh, hubby ai ade hapdate belog dia la.
jom terjah kat sini




.papa, saba ye.maira tau,papa kuatt.



hmm..kesian kat orang-orang atas Bakawali sekarang ni.
camtu la diorang keje.
ai tak tau la orang opis ni kejam ke tak berperikemanusiaan.
at least kasi la sorang dua lagi naik kat US ni.
tapi tak boleh nak cakap ape jugak la kan..
dekat-dekat nak raya ni.
kalau ade orang yang tengah standby kena call
harus la dorang nak mengelak kan?
pura-pura tak dengar bila opis call.
dorang nak raya bersama keluarga kan?
faham sangat..
bukan tiap-tiap tahun orang laut dapat raya kat kampung halaman kan?
tapi kesian betul la dengar cite hubby..



tak pe la.
hope semua crew atas Bakawali sekarang ni bersabar la ye.
pada yang da terlalu lama sangat atas kapal tu.
jemput-jemput la TERJAH orang opis untuk mintak balik
dan pada yang dah lama bercuti tu..
sila la faham ye, bawak-bawak la ANGKAT TELEFON tu bile orang opis call suh sign on
kesian la kat dorang yang dah lama tak balik tu
hari ni kita tolong orang.
esok lusa, orang tolong kita semula.



Friday, August 19, 2011

Ramadan 19# Not Feeling Well

Assalamualaikum & hi semua.



4-5 hari lepas saya perasan Maira macam tak mau minum susu.
Esp susu botol la.
Bila saya suap je puting susu dalam mulut dia, die menangis menjerit-jerit.
Meleleh-leleh air mata.
Bagi susu badan pon sama.
Mula-mula ingatkan saje la dia nak meragam kan.



Kelmarin, sedang saya dok berbaring-baring, bergolek-golek atas katil,
Maira menangis. Luas betul nganga mulut.
Eh, ada macam ulser dalam mulut die.
Bukan satu, tapi ada dua.
Patut la pon.



Semalam, awal-awal pagi saya mandikan maira, siap-siap nak gi klinik.
Nak mintak ubat,
Maira ni tak pernah meragam melampau-lampau bila sakit.
Dia cool je except kalau memang da sakit sangat-macam sekarang ni.
Dulu masa dia kene chicken pox pon tak meragam.
Padahal, papa dia yang dah tua bangka tu pon meragam ya amat kene chicken pox.
Hehee.




Sampai kat klinik, ade seorang makcik tu, tegur sakit ape.
Die cadangkan bawak pergi berjampi seluk mulut.
Erk. Mak encik, bukan saya tak mau, tapi orang yang tukang jampi tu dah meninggal.
Kat kawasan perumahan saya ni dulu memang ada orang yang pandai jampi budak-budak kecik ni.
Tapi orangnya dah tak de.
Waris tak menurun kot?
So, bawak gi klinik je la.
Telan la ubat ye sayang momma.



Maira dapat 3 jenis ubat.
Ubat demam, antibiotik dan ubat titis masuk dalam mulut.
Lucky sebab maira tak meragam makan ubat.
So, mama tak perlu bersilat segala nak bagi dia makan ubat.
Maira dengan rela hatinya telan-telan-dan terus telan ubat-ubatan beliau.
Syukur.




.ini budak yang tak sihat tu.



Cepat-cepat sembuh ya sayang.
Papa kat laut nu risau pasal kamu.

Sunday, August 14, 2011

Ramadan 14# Kita Angkat Tangan Dulu..


Assalamualaikum & Hi semua.



Huarghh..Mengantuk la pulak pagi-pagi ni.



\^o^/



Hari ni seperti biasanya, tatkala momma bersahur, si kenit Maira membangunkan dirinya *nak bersahur jugak*
Maira pon nak puasa jugak mama!
Haip, mama babap kang nak?
Kamu tu asik nenen je kejenya.takde maknenye nak puasa. ;p




.nak nenen-nak nenen.



Tengah bersuka-ria melayan cik Maira si mata bulat baru bangun tidur
Henpon cabukku bervibrate-message masuk.




.camni la mata dia time bangun sahur.



Hubby on the line!
Yeay!



'sayang dah bangun? dah makan sahur?'



=______='



Apa laki ai ni ingat ai ni tak puasa ke? Dia tak tengok jam dah pukul bape ke time die mesej tu?
Dah subuh la cik abam sayam oii.


of coz la papa maira nak tau perkembangan maira kan.
hihi..
mak ai bagitau tadi.
maira da pandai tongkat tangan.
petanda bahawa tak lama lagi maira akan cuba angkat kaki.
selepas itu MERANGKAK.




.time ni tak angkat tinggi lagi tangan tu.



yey.
Ai syuke dengar tu.
Hubby pon suke dengar.
huhu..
hubby miss this moment.


Hubby on Kapal Bakawali-maira dah pandai meniarap dan start process merangkak pula.
Poor papa kan yayang?
tak pe..nanti momma snap gamba maira try merangkak manyak-manyak
nanti papa off kasi papa tengok tata-susila anak dara dia ni membesar.
haha.




.papa namo majuk camni tauu.



nota kaki: kapal kali ni susah sikit nak on9 kot.bz je manjanggg..oh.sian papa maira~



Friday, August 12, 2011

Ramadan 12# untuk tatapan Papa~

Assalamualaikum & hi semua.


Hari ni lambat update belog.
Ingatkan nak update pagi-pagi lepas sahur tadi, tapi kepala ni berpusing-pusing macam gasing da..
Agaknya sebab dah lama sangat tak pergi jumpa doktor dan tak buat cleaning.
Kalau tak silap, bulan ni ada PTA test jugak kat HKL.
Tapi tak pergi la kot..harus lah ditunda tarikhnya tu.
Adoii..dah la nak buat appointment baru kat HKL tu sikit punye susah.
Sabo je la.
Umat pesakitnya teramat la ramai berjuta-juta lemon ok.
Menunggu je dah sekian lamanya.
Jumpa pakar sekejab je.
*mujurlah berbaloi-baloi jumpa pakar kat situ-tak menyakitkan hati macamdekat sesetengah hospital kerajaan yang lain tu*



Hubby still kat New Orlean lagi. *kalau tak silap la*
Hmm..kesian dia.
Rindu dekat anak dara die yang sorang ni.
*takpe papa, mama update semuaaa pasal saya kat sini*



Ok.
Terbaru, Maira dah pergi cucuk kat klinik.
Setelah penat bergusti dengan cik puan misi, maira dah kena cucuk imunisasi kali ke4.
Berat terbaru Maira setakat ni cuma 6.1kg. *cuma naik 300g jer*
Panjang badan..eh, makin pendek la pa.. kenapa bole makin pendek ni?
Ai pon confused dengan nurse tu.
Dia yang salah tulis ke ape, ai pon x sure.
Last month panjang maira dah 61cm, tapi ukur semalam jadi 60 cm semula.
Eh..ajaib. boleh jadi kontot semula.
*mama confuse???*



Setakat umur 5bulan ni, cik kenit Maira sudah boleh...



1. Meniarap- bergolek-golek seperti ayam golek. lagi-lagi bila diletakkan di atas lantai. Baru tau amek gear reverse setakat ni. *reverse dengan lajunye ok.*



2. Sudah pandai gelak-gelak terkekeh-kekeh bila orang main cak-cak dengan dia.



.camni la muke dia ketawa tu.




3. Sudah pandai genggam barang, pastu sua masuk mulut. *nak rasa juga, pegang je tak puas hati*




.cer tengok-cer tengok.


4. Sangat suka main air liur. Meleleh-leleh sampai penuh atas tilam. *sampai kadang-kadang mama pon geli*



5. Suka menjerit-jerit bila lampin basah. *Maira pakai pampers waktu malam je, siang pakai lampin biasa* Selagi mama tak tukar, selagi tu lah dia menjerit. Kalau mama buat tak tau, maira sambung jadi tangisan nyaring pulak.



6. Sudah mula mandi air sejuk waktu petang. Hehehe. seronok tengok die mandi air sejuk tau. Nanti abang balik, boleh tengok ye..



7. Badan maira sudah tegap. Sudah senang dipegang-dilambung-lambung, ditimang-timang.



8. Agak boleh berhadapan dengan orang lain selain orang dalam rumah ni. takde lah macam dulu-dulu kalau nampak orang tak kenal terus nak menangis.



9. Suka naik kereta gi jalan-jalan.



10. Dah pandai buat muka malu-malu kucen.



.innocent neh.



11. Suka dengar mama baca zikir & al quran. *anak solehah momma ni, Alhamdulillah*




.ini dia anak solehah mama & papa.



12. Suka kepat buah-buahan esp kismis & kurma. Yummeh! Maira sukeeee~ ^___^



13. Maira dah boleh bertolak-ansur dengan stroller. Dah boleh naik stroller gi jalan-jalan. Syukur Alhamdulillah.




Tu je lah kot setakat ni. Next month nanti ai tambah lagi untuk papa maira ye.. :)


Thursday, August 11, 2011

Ramadan 11# Maira Bergusti!



Assalamualaikum & Hi semua.


Ah, tadi saya meroyan sekejab pasal tak leh nak sign in blog.
Ingatkan ade masalah negara tadi.
Cett.sekali under maintenance da~


Citer semalam.
Bawak si kenit Maira gi klinik nk pergi bergusti dengan misi.haha.
Kali ni memang berani habis la ai pergi klinik sengsorang je dengan Maira, takde teman.
Dalam hati dok seriau kot-kot la Maira nak cari pasal melalak segala kat sana kan.
Tau-tau je la anak manje ai tu.
Suka benar melalak kalau jumpe orang.



Sebaik sahaja saya melangkah masuk ke klinik.



Oh, MAGICNYE!



Maira tak menangis.
oh, momma hepi!! momma hepi!!!
*rasa nak melompat-lompat, lari-lari pusing satu klinik nak tunjuk kat orang maira tak nangis.haha.*
Mane tak nye, dulu-dulu..asal datang je tempat yang pelik sikit dari rumah dia, mula la menangis melalak-lalak cam kene histeria.
Nampaknya anak momma sudah ade improvement.



BAGUS3.





.papa namo lompat-lompat atas kapal tau, nanti kapal senget sebelah.hehe.



Ni mesti papa Maira yang kat US tu pon lompat-lompat suka cam momma Maira jugak masa momma bagitau die semalam. haha.
Masa duduk tunggu giliran pon Maira behaveeee je.
Dia siap boleh tegur Uncle kat depan kerusi kitorang tu.
Hah, lagi sekali ai terperanjat gajah.
Dulu..jangan harap ok.
Jangan harap nak tegur, tengok dia pon HARAM tau.
Kalau tengok dia lama sikit, dia akan menjerit-jerit bagai telinga dipiat-piat.
Tapi takde sape pon nak piat telinga dia. Jentik pon tidak.



Oh, momma bahagiaaa sekali bawak Maira gi klinik semalam.
Sampai semua cik-puan misi kat sana recognize die.



"Eh, dah tak nangis dah ari ni ye?"




=___='




Tengok.kan ai da cakap tadi. Semua misi kat situ dah tau anak momma ni kuat melalak.
Tapi, hari semalam, misi boleh pegang-pegang, angkat-angkat die nak timbang.
Dia baikkk je.
Alololoo..Ni yang buat mama sayang Maira manyak-manyak ni.



Dan..saatnya pon tiba.
Puan misi datang membawa jarum sebesar batang gajah.Ok ai tipu je.
Jarum biasa yang orang selalu amek darah tu.
Kira besar la kan bagi budak kecik.
Sebaik sahaja jarum kena kulit dia.
Makanya..UWAAAA..



Uiii..kuat u.Ai tak tipu.
Misi sebelah-menyebelah semua datang tengok.
Pastu dorang cakap ape u tau..



"Die kan memang kuat menangis."





=___='




sampai ati misi cakap camtu.
huhu. Kenyataan memang pahit.
Tapi the best thing is..kejab je die nangis.
Keluar je dari klinik da tak nangis lagi.
Haha. Mama sayang Maira manyak-manyak.



Nota kaki: orang cakap kalau tak nak bagi anak demam lepas cucuk, sapu la minyak angin kat tempat cucuk tu sebaik saje siap cucuk.InsyaAllah tak demam. :)

Wednesday, August 10, 2011

Ramadan 10# Apinye enggak aderrr~



Assalamualaikum & Morning everyone!



Dah lepas bersahurkan, Alhamdulillah.
Sedar tak sedar kita dah masuk 1o ramadan hari ini kan?
Oh, cepatnya masa berlalu.
Hari juga genap 2 bulan Hubby onboard on Bakawali.
Kalau bab-bab menghitung hari hubby nak balik, haruslah masa tu jadi lambat secara magicnya.
*Sigh*
Ok. Masa masih berbaki lagi 4 bulan. *sila tabah ye puan.*


Nak cerita pasal malam tadi.
Actually nak la jenguk-jenguk blog malam tadi.
Tapi si kenit Maira nak menyusu pulak.
Ok.Bye-bye lappy kejab.
Tiba-tiba...POP!


Eh, gelap.
Dengan lappy-lappy gelap sekali.
Lappy tak pakai bateri da sekarang ni. Bateri da out of service gitu. Almaklum lah, barangan antik gitu. ;p
*abang, nak laptop baru sebijik, bole? hihii*



Lappy gelap-takde masalah sangat.
Lappy ai kan hardcore punye barang.
Campak dalam laut pon boleh on lagi. haha.
Ok, canggih tak? sungguh durable kan?
*bangge kejab dengan laptop cap ayam neh*
Walaupun usia dah nak masuk tahun ke6 tahun depan.
tapi still boleh on *kire ok la kan?* walau pernah jatuh menyembah bumi.
tapi biasa la, orang tua ni, ade macam-macam penyakit la.
Nak-nak kalau pasang lama.
kejab je die hang.
Kalau bukak tenet, jangan bukak banyak-banyak sangat-nanti hang jugak.
Biasalah, dah tua-tua ni sensitif..
*apasal saya merepek pasal laptop plak ni???*



Ok. Berbalik ke pangkal jalan ye kawan-kawan.
Elektrik takde.
Maira yang sedang enak berkrim tidur pon terjaga.
Bulat betul mata dia duduk dalam gelap.
Maira tak boleh tidur dalam gelap. Dia lemas dalam gelap.



5minit.
.
.

10 minit.
.
.


Ha. Dah start panas.
Amek kau. Panas betul. Sampai meremang-remang bulu roma. Merenek-renek peluh.
Baju maira tak payah cerita la. Dah basah.
Mula-mula saya bukakan baju dia.
Kesian lagi. Bukak pulak seluar die.
Ha..togel anak mama sorang ni. Pakai Pampers aje.
Bila da pakai pampers je. Die pon mula la bergolek-golek macam ayam golek.
Bagi nenen pon dia tak mau nenen. Panas sangat agaknya. Dia dok asyik nak bergolek-golek.
Meniarap sambil membebel tak berenti. Makin lama makin kuat.
*tak puas ati apasal la panas sangat ni*




.kalau sayang momma hepi camni selalu kan bagus.senang ati momma ni.



Try bagi nenen lagi. Tak mau jugak.
Last-last saya kipaskan. Kipas tangan.Paham-paham je la. kadang-kadang angin die kuat, kadang-kadang angin die perlahan. kadang-kadang takde lansung *da tido la tu maknenye*
Maira tak boleh tido. Marah la tu sebab dia mengantuk. Merengek-rengek.
Maka saya pon kipasla sambil bagi nenen. Mula-mula die refuse jugak. Tapi lama plak takde apinye. maka maira pon tabah la. Hari da nak pukul 1 pagi. Mata dia memang dah separa pejam.




Tiba-tiba...




POP! Api ade semula. Kipas terus pusing dengan ligatnya. Sejuk sudah. haha. Terus maira tido dengan nyenyaknya sampai pagi tak jaga-jaga. Mengantuk sangat la tu.


Kesian maira. Huhu.



Monday, August 8, 2011

Ramadan 8# Rumah moyang la sayang..



Assalamualaikum & hi semua!


Pheww.Ingatkan nak update semalam, tapi punye la mengantuk tak hengat tertidur sampai sahur. Huhuhu.


Semalam saya bawak emak dengan maira ke rumah moyang maira-Aki saya.
Saya dah get ready la kalau-kalau maira nak melalak-lalak cam kena dera kat sana nanti.
Tapi Alhamdulillah, maira tak menangis sangat. oh magic!
Cuma jangan letak dia atas lantai la. Kena berpegang aje.
Tak kisah la, janji die tak menangis.
Sakit telinga mama nak oiii..kamu asik nak menjerittt je kejenye.


Humaira memang takut orang.
Orang yang 1st time jumpa lagi la pulaknya.
Jangan kata pegang, baru tengok muka da menjerit-jerit, meraung-raung.
Macam la nampak hantu je lagak die tu.
Orang yang tak biasa dengan dia pon, tak payah mimpi nak pegang-pegang die ye.
Kang mula la die menangis sampai merah-merah muka tu.
Sampai tersedu-sedu.
Saje je die menjerit-jerit macam mintak tolong.
haih.Anak sape la ni.


Semalam dekat rumah moyang die, mula-mula tu die cebik-cebik jugak.
Pujuk-pujuk sikit. *mama beli jiwa sikit*
Alhamdulillah, Ok.
Dah agak lama tu, baru die boleh tegur Moyang die tu.
Oh, sekali lagi magic!
Hahaha.


Tapi dekat nak balik tu, Maira menangis, merengek sebab nak tido.
Tapi bile dah masuk kereta ok semula.
Sampai rumah, menangis balik.
Eh, tadi kata nak tido.
Tido je la, namo la nangis sayang.


.hubby@ bunga balsam.


Hubby will be at US InsyaAllah by tomorrow.
Oh, semoga kamu selamat sampai kesana suamiku.
Entah kenapa, rindu nak tengok hubby solat.
Nak berjemaah dengan dia.
hmm..mungkin sebab Ramadan ini..
Oh, Rindu..


nota kaki: Introduce my new signature. syantekk kan?? ;p



Saturday, August 6, 2011

Ramada 6# Mari-mari kita Service kereta!!

Assalamualaikum.


Hari ni bangun awal-awal, mandikan maira.
Pakaikan maira baju syantek-syantek.
Mama nak bawak pegi service kereta.
^___^


Lebih kurang jam 9.00 pagi, mama maira, maira ngan maksu dah keluar rumah.
Panaskan enjin kereta kejab.
Then terus menyusur tak berapa laju membelah jalan raya.
*saya takut bawak kereta laju-laju.hihihi.*


Destinasi hari ini ke Mentakab.
Mama maira nak service kereta.
Kereta sepatutnya kena service last month.
Tapi disebabkan kurang fulus + tak de orang nk jaga Maira, maka incik suami menitahkan supaya permaisurinya ini menunda hasrat untuk menyerbis kereta terbabit. Ceewah!


Maka setelah genap sebulan kereta ini ditunda tarikh sebisnya, maka hari ini saya telah mendrive *aah, tak pe..ai kan suka bahasa rojak* kereta terbabit ke Mentakab. Of course dengan bantuan adik bongsu saya.



*tidak la saya sanggup mendrive kereta berseorangan sambil disisi saya ada seorang budak kenit yg suka sangat melalak*



Perjalanan ambil masa lebih kurang dalam satu jam.
Lucky me, hari ni tak ramai orang.
Atau mungkin masih pagi lagi kot?
Ah, belasah. Jauh tu ai drive nak sampai pusat service ni.
Kat kawasan rumah saya takde oke.
Kolot kan tempat ni? haha.
Tak kisah la janji tak jam cam neraka Kolompo sanun.



.maira ngan maksu kat waiting roOm.



Sebis kereta tak lama, dalam pukul 11 gitu da siap
Lepas tu, kami gerak ke rumah my MIL
tapi sayangnyer MIL takde plak kat umah.
ade adik ipar ai jer..
oh, ai pasrah.



.wah,maira syok tengok sailormoOn.


dan maira tanpa perlu menunggu lama, die telah berlagu irama.
Bila maira mula menangis, tak de sape boleh pujuk.
termasuklah mama die ni.
sabo je la ai..
then, terpaksa la kami berundur diri dari situ
takut lak si maira kembung akibat terlalu banyak menangis.
Isk..


Ok la.
Got to go dulu.
Maira da jaga.
till then.
nanti saya cerite lagi.
hihi.

Tuesday, July 19, 2011

Little things abt Humaira

Assalamualaikum & selamat pagi Malaysia.
yg kat tmpat lain tu..
selamat juge diucapkan.

Ok la.
nk share few things about cik Puan Humaira yg semakin gebuss itu,
haha.


*Specially dedicated to Mr Mohd Mazlan yg berada nun jauh ditgh lautan, otw ke Panama tu*

1. Our little princess's eyes just like her papa eyes. Siyes serupa. Makin besar makin serupa papa!

2. Currently belajar meniarap. Cubaan yg xberapa nk gigih. tp mama asik push suh meniarap je. hohoo.

3. Sedang belajar menyukai stroller pemberian papa. dl2 kalo nek stroller je, mula la melalak kuat2 x hengat dunia. skrg ni, Alhamdulillah da kurang sikit.

4. Masih x bape friendly. Asik nanes je kalo dgn org lain. Macam mama die kot? haha. Papa maira ramah-tamah orgnye.


5. Rajin berborak2 espesially dgn Aki die. Tah ape yg die bebelkan 2 mama pon xpaham. tp kalo x layan kang, menangis la pulak.

6. Dah pandai pegang barang, pas2 sua ke mulut. Adeii..semua nk sua kat mulut.

7. Sudah pandai angkat punggung. nk merangkak kah? haha.

8. Suka nak mamam2. tp mama die xmo kasik lagi. pelahap budak ni..




tu je la kot yg die pandai skrg ni. Papa maira mesti rindu kat maira kan? hehee..dl kalau maira nangis je, papa mesti nk marah. *papa maira ni hot temper sikit*
skrg ni da rindu nk dgr cik puan kenit ni nangis.
tu la..masa duk kat darat xmo praktikkan betul2 dgr die nangis.
wahahaa~

tunggu la abg balik nanti, bole la dengar kuat ke x die menangis.
;p

Friday, July 15, 2011

am missing u hubby..

Assalamualaikum semua.
hopefully semua org sihat2 je yer.


entahla.
2-3 ari ni rindu je kat hubby
xtau la knp ati ni dok gelisah je.
da bape ari hubby x bg emel
biasa la, org kapal kan bz kat ats kpal
xbole nk salahkn dorg la
keje mmg xkan abis punye
pas2 amos plak kdg2 suke wat hal
itu la, ini la..
xbole gune..
dan xde la emel
walau dinanti cmne skali pon

*sile abaikan*

ok.
maira currently turn to 4months on 11/7/2011
tp entah la, xde moOd nk update ape2 kat blog
asik igt kat papa die je
i'm a bit miserable nowadays
sobs.
maira suke sgt nangis.
nk keluar rumah pon susah.
nk msk makn tghari pon terkejar2
emm..rs nk dok dlm bilik jage maira je
xmakn pon xpe
sy bole la xmkn
org lain?

sy tlg mask, org lain tlg makan

kdg2 rs mls je nk masak kalo maira dok meragam2
ye la, maira ni waktu meragamnye tghari
xpon petang..
mmg tu waktu menangis la
rs2nye satu jln ni bole dgr
org kalo dtg rumah
asik ckp die nangis kuat je
hmm...
anak mama ni mmg kuat menangis pon
jampi da mcm2..
nangis cm 2 jugak.
haih.
ni br sorang ni, kalo 2? 3?
xke lingkop dibuatnye?
aduh..

mood mmg sgt ke laut skrg ni
maira ari kelmarin bwk g klinik
nk timbg je pon
die bantai menangis, melalak2..
ei..sabo je la.
nk dipukul2 kang kecik sgt lg
tp geram oo..
maira ni kalo menangis menjerit2
meraung2
bingit telinge
sape xsusah ati kalo tgk die nangis
nurse kat klinik pon berlari tgk die nangis
haha

anak sape la 2..


Saturday, July 9, 2011

Maira si kuat melalak!

Assalamualaikum semua.
Malam peeps!

Mode: Relax coz Maira currently suda off 2 lalaland

Alkisah di hujung minggu mcm ni
Ramai la mereka2 yg ingin mendirikan masjid bukan
So, ayah de maira dijemput hadir ke kenduri sekitar area Jengka
Alang2 da smpai Jengka,
Ayah de pon bawak la his lovely gf, cik Mimi dtg melawat cik puan Maira
Ape nk kata wak oiii..
Cik Mimi pegang je Maira
Maira diam lg..
pas2 cebik2..
pas2....
.
.

.

UWAAAA!!!!!! WAAAA!!!!! WAAAAA!!!!


.

.
.

.

Sampai ke sudah die nangis
ari tu nenek mentakab dtg cni pon sm
die bantai melalak smpai 2 jam non stop
Non-stop ok?
ai x faham btl la
ape bende la yg die takut sgt kat org
kalo dpt blk kat mama die nk senyap xpe gak
ni tidak la..
selagi org tu x keluar rumah. selagi tu la die melalak2
rs nk *dush*dush* je si kecik ni
*sabo-sabo*

ikut perangai sape la ni.
haih!

Monday, July 4, 2011

*moOdy*

Assalamualaikum wrt..
slmt malam.

mood sgt la ke laut ari ni.
moody satu ari
xmo buat ape2
jadinye sy dok ats katil sepanjang ari ditemani cik Puan Humaira yg cenonet
cik puan ari ni sgt la moody juga
pembawakan mama mungkin
*wujud ke istilah ni?*
asik cranky ajer..
menyirap2 je darah mama die ni
mau ku cepuk2 je si cenonet ni
*sabo2*
kene tinggal la cik puan sengsorang cranky
harus la kn tinggal
klau mamanye yg garang ni ade disisi
mau kn cepuk bertubi2
haha~

klau maira asik cranky je
sy akan biakan die sengsorang
tgk dr jauh je
agk2 die da puas nangis tu
g la kat die pujuk kejab
huhuu~
*mama yg kejam yee..*
normally kalo da lm nangis tu
dukung n pelok2 kejab
insyaallah benti la nangis tu
nk kn manje2 je
lomah la mama kamu ni maira oiii~
bknnye mama ni xde keje lain.


masih ade 7 ari lg ye kawan2
utk mengganti puasa
adusss..seminggu lg
rs cam da byk ai ganti tau
tp knp x abis2 lg?
aduh..

hubby currently off to Taiwan
hmm...
miss him..
miss his voice
miss his joke
i miss..everything about him
lg pulak si cenonet ni sgt la berupe papanye
that always cause me miss him much more
sobs~

Saturday, June 18, 2011

1st email dr bakawali

Assalamualaikum & selamat pagi..

ye.gud morning seme org.

hehee..
seperti yg diuar2kan.
1st emel dr bakawali dh smpai ke inbox sy 2 ari lepas.
owh, bukan nk cite pasal isi kandungannye, tapi..
pasal title emel tersebut.


'Message dari selipar Jepun'


sy sgt pelik.
apsal selipar jepun?
hubby ad kat china time 2.
aduhai..aneh.
dh la aneh, klaka lak 2 tajuknye.
haha.
;p


whatsoever, Bakawali sgt bz skrg.
hubby cakap la.
sy xtau, xpenah nek kapal sbelm ni.
hiks.
bukan xmau, xberpeluang dan yg plg penting ialah..
hubby xbagi!


yup!
since kejadian kapal die dihijack 3 tahun lepas.
almost 3 tahun la kan.
die xmau sy ikt die blaya..
die risau kot2 kn lg..
hubby ade ckp lg..
pas peristiwa hijack dl,
melati 2 da cam suwey je..
cm2 jadi kat kapal 2 pas kn hijack dl..
hm..

xpe la.
yg da lepas 2 lepas la.
yg penting skrg ni masa depan
since MISC da tubuhkan kerjasama dgn TLDM tu
rsnye xde ape yg nk risau sgt kot?
hee..well, kita as wifey ni doa byk2..
smg perjalanan husband2 kite seme selamat.
pegi dan balik.
:)


wlaupun sy juge agak pobia dgr nama teluk aden.
haha.


ok la.
nk tempek gamba si tecik kesygan papa & mamanye ni..


ini saje gamba yg bole diupload dr hpku. hampa sggh hatiku ini.tskk..


Humaira sudah 3bulan 1mggu ari ni.
haip, cepat besa syg.
cpt la pandai mcm2.
huhuu..xsaba nk tgk die membesa dgn jayanya!!!
haha~


maira skrg ni sgt suka mengagah org.
org yg plg suka layan die adalah papa.
tp papa da xde, mama la kn layan die borak2.
wlaupn xpaham,layankan aje...hiks~
well, msh blm pandai menerap lg.
mengiring pon xbape nk rajen lg.
huhuu..
setakat 3 bulan ni maira br 5kg dgn pjg 61cm.
ha..pjg mcm papa.
anak bapak btl.
muka ikut papa, tinggi mcm papa..
haih.. tang mane ikt mama xtau la.
xpe la yayang mama, janji kamo sihat.

ok seme..
smpai sini dl.
len kali smbg lg.

Thursday, June 16, 2011

kenapa xde gamba?

Salam seme~

ari ni da 16hb June.
mean da 6 ari hubby xde.
sy pon xtau la knp.
asik teringat2 je kat hubby.
Rindu sgt.
pelik jugak.
dulu ms maira xde, xde la teruk cam ni.
ni da lg teruk ni.
arghh..tolong!!!


bakawali, pulangkan suami sy sesegera yg mungkin!!!!


tsk..
budak kecik sebelah sy ni ms tido pon nk membebel.
aih.membebel xkira ms.
ms nenen, ms mandi, ms tido pon membebel.
suka sgt mengagah orang.
huhuu~


sy sebenarnya nk upload gamba maira.
byk amek gamba die
tapinye, camera hubby ni cablenye entah kemana.
card reader sy plak dalam bag laptop.
bag laptop pulak ntah nyorok tang mane tah.
aih..igt2 balk hangin je kepala ni.
huhuu..
sbbnye nk enterprem kan si maira sy ni.
wakakaa..

suke enterprem dlm blog.
dlm fb pon suke gak.
tp kebanyakn yg dlm fb tu hubby yg watkan.
dlm blog ni sy wat sendiri.
ala..hubby sy tu xrajin update blog.
tgk je la blog die.
da lm gile xupdate.
:P


ok la.
sy akn berusaha mencari jaln tok letak gamba maira kt sini.
haha.

till then,
tata~
;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...