our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, October 25, 2011

Review Cloth Diaper


Assalamualaikum & hi peeps! 


Tak tau la kenapa dengan aku ni. Kebelakangan ni memang malas ya amat update belog. Lemau selemau-lemaunya ok. Adus. Sila tampar aku sekali laju-laju kasi sedar diri semula. Haha. Jangan nak oi.. sakit tau kena tampar. Ok la, lets review cloth diaper yang aku janji nak review di awal pembeliannya dahulu. Jeng-jeng-jeng~


Disebabkan aku beli cuma 4 keping. Maka aku bercerita sekadar 4 keping punya owner la ye. Haha. So lovely this product ok. Jenama QQ Baby. Rege sekeping murah sangat compared dengan jenama lain dalam pasaran online. Aku beli online je sebab kat Jengka takde jual mende alah cenggini. Orang Jengka semua mende nak senang and murah je. Huh!






1. Harga - Pada aku berbaloi la CD ni untuk dibeli dengan harga mampu milik- RM18 per piece. Ni yang plain la ye. Bukan yang bamboo punya juga. Kalau yang printed punye, rege up jadi RM20/piece. Kalau bamboo inner up lagi jadi RM27/piece. OK, masih murah compared dengan jenama lain di pasaran dunia tanpa wayar ni. Kalau tak percaya boleh google.


2. Baik untuk kulit baby - Alhamdulillah sangat sebab CD ni aku dah beli walau cuma 4 keping aje. Baru 2 minggu sudah maira kena cirit birit superb terbaik dari ladang. Punggung dia tak payah cerita, bukan takat merah malahan luka melecet-lecet. Sampaikan kencing pon menangis tak hengat dunia. CD ni sangat la membantu sebab bahagian dalam dia tu walaupun baby kencing or poo-poo still kering and warm. Unless kalau kau tak tukar selama 4 jam lamanya. Kulit baby yang sensitif memang sangat memberi kerjasama dengan CD ni. Aku tabik spring. Malam-malam aku pakaikan maira CD, tapi lepas 4 jam kena tukar la. Kalau tak, air kencing akan naik ke atas and baby akan rasa lembab-lembab stoking gitu.






3. Comel - haha. Nak jugak tu. tapi serius cakap. aku rasa comel and cool gile anak aku pakai CD ni. Maksu dia pon bilang comel. Hehe. dengan corak yang macam-macam tu, kalau tengah panas memang togelkan je die bersama CD. huhu. Syomel sungguh anak mama.







4. Jimat - terbukti kebenarannya ok. Memang sangat jimat. Selama 2 minggu aku tak pakai disposal diaper, oh, rasa macam taknak pakai terus disposal diaper tu tau. tapi memandangkan aku cuma ada 4 keping je CD ni. terpaksa la aku batalkan niat aku nak berCD kan maira 24/7. haha. Pasni aku order lagi. Muahaha. Minat sangat weh dengan CD ni. Sekarang ni aku kalau keluar jengjalan tak pakai pampers da. Pakai CD je. huhu~ sebab CD paling lama tahan 4 jam. Tu kalau baby tak kuat kencing la kan. Kalau tak, harus la rajin check ye.


Tu je la kot yang aku boleh cakap untuk pemakaian CD ni. Pada aku memang sangat berbaloi-baloi beli CD ni. Cara basuh dia aku pakai tangan je. Sayang nak masuk mesin, aku takut rosak die punya fabric sebab aku beli jenis yang minky tu, berbulu-bulu. Lembut je bila diusik-usik. Maira pon suka main CD ni tau. Haha.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...