our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, October 23, 2013

Hospital kerajaan - Pissed off!!

Assalamualaikum wrt. Hi peeps.

Isnin baru-baru ni kes aku di rujuk ke hospital besar Temerloh. Kes sakit telinga aku. Sebelum tu aku ke klinik Sulaiman Temerloh. Ye lah, memandangkan hari tu pon hari ahad dan klinik sulaiman tu klinik panel MISC. F.O.C gitu. mesti la nak yang FOC kan. Kemudahan dah ada, kita as a family member pon gunakan lah.

Nak dijadikan cerita lepas sebulan, kes aku dirujuk ke Klinik pakar ENT dekat HoSHAS. Masa mendaftar dekat kaunter general belah bawah bahagian klinik pakar tu aku diberitahu yang aku nanti akan dikenakan bayaran sama je dengan bayaran dekat hospital swasta. Alasannya, sebelum ni aku pergi klinik swasta buat check up. Aku pon cakap la aku pergi sebab hari tu hari ahad lagipun ini klinik panel insurance syarikat husband aku.

Kerani tu cakap memang ni procedure kita. What the hell. Selama ni aku banyak kali kot rujuk dari private clinic to govmt hospital. Ada sedikit annoying disitu. Ye la. Aku ni dah sakit lebih dari 5 tahun kot. Dah dekat 10 tahun dah. Turun naik berjenis-jenis klinik, berjenis-jenis hospital and klinik pakar. Takde pulak kena charges yang macam cik kerani ni cakap.

Aku mula nak naik hangin. Selama ni aku selalu pegi private sebab itu klinik panel hubby. Anak aku pun sama. Sejak bila pulak hospital gomen ni ada charges macam ni? Sejak bila pulak kami as a rakyat malaysia dah tak sama taraf? Nak kena kerja gomen dulu baru boleh FOC dekat hospital gomen? Ce ko bagi seme orang dalam malaysia keje dengan gomen then baru la ko berhak cakap macam tu.

Apa kerajaan malaysia ni dah miskin sangat ke sampai kitorang dah tak boleh pergi klinik panel. Wajib pergi gomen hospital tiap-tiap kali sakit? Apa semua orang kerja swasta tu bergaji besar?
Oh ini hell. Mak bapak aku pon bukan keje gomen nokss..Bapak aku pembantu petrol pam je. Tapi still syarikat die ada klinik panel sendiri. Tapi haruskah  kami-kami semua ni dok terpacak dekat hospital dan tunggu turn sampai 4-5jam sampai bengkak rasa hati, darah tinggi naik bermeter2?
Sebab nanti kalau pergi panel klinik kalau rujuk pakar kena unbelievable charges yang kami tak mampu nak bayar.

Sebab aku ada tanya, kalau pakai insurance card pun tak boleh. Nak kena buat claim lepas tu. Itu kalau kami ni ada duit boleh la. Kalau tak mampu?

Aku bukan main pissed off lagi dengar keterangan tak munasabah kerani tu. Siap terkebil-kebil bila aku tanya macam-macam. Aku bukan nak marah dia. Tapi macam ni ke kerajaan cakap prihatin? Fikir la. Bukan semua orang keje gomen, dan bukan semua orang kerja swasta tu bergaji besar. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...