our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label hubby onboard. Show all posts
Showing posts with label hubby onboard. Show all posts

Tuesday, August 30, 2011

Salam Lebaran dari Texas City: Luahan hati Crew MT Bakawali..Tolong doakan mereka.

Assalamualaikum.


Tersentak kejab baca emel hubby.
saya kongsikan disini.
sempena syawal yang mulia, harap ada insan yang sudi sign on bunga bakawali.
bantulah mereka yang memerlukan..











mood pagi raya : hancur lebur perasaanku bila hubby cakap camni..sedih tau. cuba korang bayangkan korang kat tempat dia.. ;(



Sunday, August 14, 2011

Ramadan 14# Kita Angkat Tangan Dulu..


Assalamualaikum & Hi semua.



Huarghh..Mengantuk la pulak pagi-pagi ni.



\^o^/



Hari ni seperti biasanya, tatkala momma bersahur, si kenit Maira membangunkan dirinya *nak bersahur jugak*
Maira pon nak puasa jugak mama!
Haip, mama babap kang nak?
Kamu tu asik nenen je kejenya.takde maknenye nak puasa. ;p




.nak nenen-nak nenen.



Tengah bersuka-ria melayan cik Maira si mata bulat baru bangun tidur
Henpon cabukku bervibrate-message masuk.




.camni la mata dia time bangun sahur.



Hubby on the line!
Yeay!



'sayang dah bangun? dah makan sahur?'



=______='



Apa laki ai ni ingat ai ni tak puasa ke? Dia tak tengok jam dah pukul bape ke time die mesej tu?
Dah subuh la cik abam sayam oii.


of coz la papa maira nak tau perkembangan maira kan.
hihi..
mak ai bagitau tadi.
maira da pandai tongkat tangan.
petanda bahawa tak lama lagi maira akan cuba angkat kaki.
selepas itu MERANGKAK.




.time ni tak angkat tinggi lagi tangan tu.



yey.
Ai syuke dengar tu.
Hubby pon suke dengar.
huhu..
hubby miss this moment.


Hubby on Kapal Bakawali-maira dah pandai meniarap dan start process merangkak pula.
Poor papa kan yayang?
tak pe..nanti momma snap gamba maira try merangkak manyak-manyak
nanti papa off kasi papa tengok tata-susila anak dara dia ni membesar.
haha.




.papa namo majuk camni tauu.



nota kaki: kapal kali ni susah sikit nak on9 kot.bz je manjanggg..oh.sian papa maira~



Tuesday, August 9, 2011

Ramadan 9# Kerisauan Hubby

Assalamualaikum & Hi semua.


Alhamdulillah, hubby dah sampai New Orlean pagi ni.
Awal lagi hubby da mesej. Ecececeee..
Sebab saya dah pesan awal-awal


"Abang nanti dah sampai sana harus bagitau sayang, tau!"


Kena report gitu.haha.
Cik Puan Mem Besar *takde la besar mane pon* nak tau perkembangan terkini hiburan sensasi dari Kapal Bakawali.
hehehe.


Berbalik kepada tajuk di atas.
Kerisauan hubby yang dimaksudkan diatas tu tiadalah kena-mengena dengan kerjaya beliau sebagai pelaut tegar *ye ke takde?*
ok.Ade la sikit-sikit.
Semalam bila saya baca blog Arianna mengenai INI.
Kepala saya dok teringat kat hubby.


Kisah adalah sebelum hubby on Bakawali kali ini.
Saya asyik tengok hubby asyik resah-gelisah je sejak die kena panggil naik Bakawali walaupun saya tau hubby memang nak naik.
Ok la. Agaknya hubby risaukan Maira tinggal dengan saya sendirian di darat.


TAPI...




Makin hari saya tengok hubby makin teruk je resah-gelisahnya.
Satu malam tu saya pon bertanya la...


Saya : Abang kenapa? Macam susah hati je nak naik kapal ni.
Hubby : .... (diam)
Saya :Abang risaukan sayang ngan maira ye?
Hubby : ...hmm. Ye kot?
Saya : Ade mende lain lagi ke?
Hubby : ... (pandang saya pastu senyum).
Saya : Kenapa *apasal la laki aku neh?*
Hubby : Sayang, abang risau pasal ladang *farmville* abang. Kalau abang pergi nanti, sape nak jagekan ladang abang ni? Terbiar la ladang abang...
Saya : ****takde mende lain ke yang die nak risau??*** Hampeh sungguh!


Tu la gara-gara addict pada Farmville ye kawan-kawan.
Suami saya tu, kalau ladang dia nak masak pukul 3 pagi, sanggup dia bangun pukul 3 pagi nak pegi tuai.
Ei, sabo je la.




Monday, August 8, 2011

Ramadan 8# Rumah moyang la sayang..



Assalamualaikum & hi semua!


Pheww.Ingatkan nak update semalam, tapi punye la mengantuk tak hengat tertidur sampai sahur. Huhuhu.


Semalam saya bawak emak dengan maira ke rumah moyang maira-Aki saya.
Saya dah get ready la kalau-kalau maira nak melalak-lalak cam kena dera kat sana nanti.
Tapi Alhamdulillah, maira tak menangis sangat. oh magic!
Cuma jangan letak dia atas lantai la. Kena berpegang aje.
Tak kisah la, janji die tak menangis.
Sakit telinga mama nak oiii..kamu asik nak menjerittt je kejenye.


Humaira memang takut orang.
Orang yang 1st time jumpa lagi la pulaknya.
Jangan kata pegang, baru tengok muka da menjerit-jerit, meraung-raung.
Macam la nampak hantu je lagak die tu.
Orang yang tak biasa dengan dia pon, tak payah mimpi nak pegang-pegang die ye.
Kang mula la die menangis sampai merah-merah muka tu.
Sampai tersedu-sedu.
Saje je die menjerit-jerit macam mintak tolong.
haih.Anak sape la ni.


Semalam dekat rumah moyang die, mula-mula tu die cebik-cebik jugak.
Pujuk-pujuk sikit. *mama beli jiwa sikit*
Alhamdulillah, Ok.
Dah agak lama tu, baru die boleh tegur Moyang die tu.
Oh, sekali lagi magic!
Hahaha.


Tapi dekat nak balik tu, Maira menangis, merengek sebab nak tido.
Tapi bile dah masuk kereta ok semula.
Sampai rumah, menangis balik.
Eh, tadi kata nak tido.
Tido je la, namo la nangis sayang.


.hubby@ bunga balsam.


Hubby will be at US InsyaAllah by tomorrow.
Oh, semoga kamu selamat sampai kesana suamiku.
Entah kenapa, rindu nak tengok hubby solat.
Nak berjemaah dengan dia.
hmm..mungkin sebab Ramadan ini..
Oh, Rindu..


nota kaki: Introduce my new signature. syantekk kan?? ;p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...